Penceburan dalam muzik Flea

Pada tahun 1971, ibu bapanya bercerai - Mick Balzary kembali ke Australia sementara Flea dan adik-beradiknya tinggal bersama ibunya - Patricia berkahwin dengan seorang pemuzik jazz beberapa lama kemudian.[4] Suami baru ini dan ayah tiri Flea, Walter Abdul Urban (1941–2011), sering membawa rakan seminatnya membuat sesi jam di rumahnya. Keluargan Flea berpindah lagi ke Los Angeles, California; pada ketika inilah Flea begitu tertarik dengan mainan trumpet,[5][6] malah sering mendalami muzik dimainkan pemuzik jazz terkenal seperti Miles Davis, Louis Armstrong dan Dizzy Gillespie.[5] Urban juga pada ketika ini mula menjadi kaki botol dan sering memulakan pergaduhan dengan polis - perkara ini begitu menakutkan dan memberi tekanan kepada Flea[7] sehingga beliau terjebak menghisap ganja bagi memenangkan diri sejak berusia 14 tahun.[8]

Flea kemudiannya memasuki Fairfax High School pada usia remajanya - pada awalnya beliau dipandang serong kerana citarasa muziknya.[9] Beliau mula berkenalan dengan Anthony Kiedis dalam suatu perbalahan, namun lama-kelamaan mereka menjalin suatu persahabatan yang rapat dan "tahan lama".[10][11] Flea bertemu dengan seorang kenalan baharu bernama Hillel Slovak yang memperkenalkannya kepada muzik rock, Kiedis memperkenalkan Fela lagi kepada subgenre punk rock.

Flea, Kiedis dan Slovak memulakan kugiran mereka sendiri, Red Hot Chili Peppers, pada tahun 1984.